ChatBox

Analisis Harga Emas Semasa

--
0

Panduan yang ditulis oleh seorang pengusaha cendawan khas buat bakal usahawan cendawan. Ebook setebal 75 m/s adalah versi upgrade dari versi sebelum ini. Isi kandungannya telah dipertingkatkan lebih dari sekali ganda dan dipakejkan dengan  satu folder Galeri Gambar Projek Cendawan. Folder ini mengandungi koleksi gambar yang disusun berdasarkan tema tertentu dan
pasti berguna untuk memantapkan kefahaman anda terutamanya mereka yang belum pernah melihat bagaimana projek cendawan di usahakan.

Antara ciri-ciri utama ebook ini
checkmark
Isi kandungan yang tersusun padat dengan info berkaitan - Saya menulis ebook ini dengan  fokus untuk membantu anda memulakan projek cendawan langkah demi langkah. Ramai yang tidak pasti bagaimana untuk mulakan projek cendawan.Saya dahulu pun bermula dari bawah dan menghadapi masalah yang serupa. Saya cuba terangkan rasional atau apa tujuan disebalik tindakan/ciri agar anda faham sedalam-dalamnya. Berikut adalah ringkasan isi kandungan ebook ini ;

Bab 1 : Pengenalan kepada cendawan
Anda akan mempelajari perkara-perkara asas cendawan seperti jenis-jenis cendawan di Malaysia,mengapa memilih projek cendawan tiram dan apakah kelebihannya buat anda. Anda juga sepatutnya tahu apakah potensi projek cendawan ini. Satu model pengiraan kos dan hasil turut disediakan. 


Bab 2 : Memulakan Projek
Membuat persediaan adalah asas kejayaan sesebuah projek. Didalam bab ini, anda didedahkan dengan persediaan awal apa yang perlu dilakukan.  Kemudian ciri-ciri infra yang perlu dibina serta teknik cepat memulakan projek cendawan. Didalam bab ini juga kami dedahkan teknik-teknik membuat bungkah dari awal hingga tempoh peramnya. Teknik penjagaan bangsal turut diperincikan kerana ianya salah satu kunci kejayaan projek cendawan anda. Pelbagai tips menarik lagi ekslusif menanti anda.

Bab 3 : Hasil dan Cabaran
Kini tiba masa untuk memungut hasil. Jadi bagaimana untuk dapatkan hasil maksimum? Hasil yang sekata? Ebook ini akan menerangkan semuanya. Dan topik yang lebih penting ialah memahami masalah penyakit dan bagaimana untuk hadapinya. Salah satu cara mengurangkan kerugian ialah merawatnya kembali. Bagaimana untuk lakukannya? Kami turut berkongsi pengalaman dalam menggunakan pelbagai produk EM dan baja nutrisi. Ingat, tanpa pengetahuan secukupnya, 1 bungkah berpenyakit boleh menyebabkan ratusan bungkah lain turut rosak.

Bab 4 : Penutup
Bab ini saya lebih memfokuskan kepada persoalan-persoalan yang tidak berkaitan secara lansung dengan projek cendawan. Ia lebih kepada memberi motivasi dan semangat untuk anda lebih berusaha.

checkmarkPenuh dengan gambar dan ilustrasi - Untuk kefahaman maksimum, saya masukkan pelbagai gambar berkaitan dengan sesuatu tema perbincangan. Jika tidak dapat diperjelaskan dengan gambar, saya sediakan ilustrasi dalam bentuk flow chart. Lihatlah contoh-contoh di bawah ;

PanduanCendawanScShot1
---------------------------------------------------------------------

PanduanCendawanScShot2
Lebih dari ini, saya turut menyediakan satu folder Galeri Gambar Projek Cendawan yang mengandungi pelbagai gambar yang disusun mengikut tema. Contohnya, gambar bangsal cendawan, alat kukus dan sebagainya.
checkmarkPelbagai tips dan teknik original - Saya turut memberi pelbagai tips dan teknik yang boleh memudahkan kerja serta meningkatkan kefahaman. Tips dan teknik ini mungkin anda tidak akan pelajari di tempat lain.
checkmarkTema ekstra - Dalam bab terakhir, saya turut memuatkan beberapa tema ekstra seperti soalan-soalan lazim dan kisah awal penubuhan Chini Agro. Tak lupa sedikit kata-kata semangat didalam tema 'Kunci Kejayaan Sebenar'


No Response to "Ebook Panduan Cendawan Tiram"

Post a Comment

Untuk memeriksa ketulenan dan kesegaran link download yang di beri,sila ke link ini --> http://othermirror.com/link-checker/
Klik HOME untuk kembali ke laman utama

Exchange Link

slider

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...